Khamis, 25 November 2010

Membandingkan isipadu cecair

  Bahan bantu mengajar dan aktiviti pengajaran bagi murid-murid Tahun 2 (Berpencapaian Rendah)



Tajuk :
MembandingkanIsipadu Cecair 
Di Dalam Dua Bekas Berbeza

(Menggunakan unit piawai - liter)

Bahan Bantu Mengajar

Adakah adik-adik tahu bagaimana menyukat isipadu cecair yang betul?
 
Mula-mula sediakan bahan berikut:

       
Satu kotak air


Satu botol air
 

Mana satu isipadu air terbanyak, di dalam botol atau di dalam kotak ?

Sekarang tuangkan air dari kotak dan air dari botol ke dalam silinder penyukat.



1 liter air
Air kotak
                                                            bersamaan      



kurang 1 liter air

Air botol

                                                  bersamaan      


Adakah adik-adik tahu bekas yang manakah mengandungi isipadu air yang banyak ?

     Cuba lihat :    

satu kotak air  bersamaan 1 liter air
satu botol air pula bersamaan kurang 1 liter air


Kesimpulannya :  Air kotak mengandungi lebih banyak
                            isipadu cecair berbanding air botol





Aktiviti murid.


1.  Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan diberikan bahan yang berbeza untuk menyukat serta membandingkan isipadu cecair.

2.  Kumpulan A mendapat;
sekotak susu
secawan kopi

silinder penyukat




3.  Kumpulan B mendapat ;

sebekas air
sebotol air
silinder penyukat

4.  Setiap kumpulan dikehendaki menyukat isipadu setiap bekas yang diberikan menggunakan silinder penyukat. Walaupun pembelajaran di Tahun 2 menggunakan sukatan yang tepat seperti 1 liter,2 liter dan 5 liter ,murid-murid boleh menggunakan perkataan di bawah untuk membandingkan isipadu air.

  • kurang 1 liter
  • 1 liter
  • lebih 1 liter
  • kurang 2 liter
  • 2 liter
  • lebih 2 liter

5.  Setiap hasil penyiasatan dicatatkan ke dalam borang yang disediakan.

 
Bil
Jenis
Kandungan cecair

Sekotak susu



Secawan kopi



Sebekas air



Sebotol air




6.  Berdasarkan hasil siasatan, murid-murid membentangkan hasil dapatannya .
7.  Setiap murid akan menjawab soalan berikut;
  1. Bekas yang manakah paling banyak isipadu air ?   Jawapan : .........................................
  2.  Bekas yang manakah paling sedikit isipadu cecair ?        Jawapan : ................................
  3. Antara secawan kopi dengan sekotak susu, isipadu air yang banyak ialah ............................
  4.  Antara sebekas air dengan  sebotol air, isipadu air yang sedikit ialah .....................................

 




Bahan Bantu Mengajar dan Aktiviti Pengajaran Bagi Murid-murid Tahun 2 (Berpencapaian Tinggi)

Tajuk : 
Membandingkan Isipadu Cecair Di Dalam Dua Bekas Berbeza Tetapi Disamakan Paras Cecair Pada Permulaannya

(Menggunakan unit bukan piawai dan unit piawai)

Bahan Bantu Mengajar 
1.  Mula-mula adik saksikan tayangan video di bawah.









2.  Sebelum memulakan aktiviti sila jawab soalan di bawah.

a.  Bekas yang manakah mengandungi lebih banyak isipadu cecair ? 
b.  Bekas yang manakah mengandungi kurang isipadu cecair ?
c.  Bagaimana adik mengetahui sesuatu bekas mengandungi lebih banyak isipadu cecair?


Aktiviti Murid

1. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan diedarkan tugasan yang perlu diisi berdasarkan hasil penyiasatan.

2. Guru menyediakan  2 stesen. Setiap stesen disediakan satu hasil siasatan. Setiap kumpulan akan memilih satu stesen. Beri penekanan pada kebersihan stesen yang digunakan.

Stesen 1



Stesen 2



3. Setiap kumpulan mengisikan borang yang disediakan berdasarkan hasil siasatan.

Stesen
Bahan
Bilangan sudu penyukat
Bacaan cawan penyukat
Keputusan
(Bulatkan)


Stesen 1


Gelas A



Lebih banyak
kurang
sama banyak

Gelas B



Lebih banyak
kurang
sama banyak


Stesen 2

Kotak A



Lebih banyak kurang
sama banyak

Kotak B



Lebih banyak kurang
sama banyak

 4. Berbincang hasil dapatan.

5. Murid membuat latihan yang disertakan.

















Selasa, 26 Oktober 2010

Measuring volume by Peter Weatherall



Saya telah memilih video 'Measuring volume by Peter Weatherall'. Video ini disampaikan secara nyanyian dan menggunakan animasi untuk penyampaiannya. Video ini amat menarik dan boleh digunakan di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.