Kesimpulan

Sesungguhnya murid perlu mengalami sendiri bagaimana cara menyukat isipadu cecair dengan betul. Murid juga perlu mencuba menyukat sesuatu isipadu untuk membuat perbandingan. Perbandingan secara amali dapat membetulkan kekeliruan tentang membandingkan isipadu cecair. Murid juga perlu didedahkan dengan cara yang betul menyukat isipadu cecair dengan penggunakan penyukat yang standard seperti silinder penyukat. Guru juga perlu menerangkan bahawa isipadu air juga boleh dibandingkan melalui catatan pada label sesuatu barangan yang dibeli. Penerangan yang betul dan efektif akan mempengaruhi maklumat yang disampaikan dengan jelas dan berkesan.